Serah wang tabung buluh untuk kebajikan - Utusan Malaysia

Serah wang tabung buluh untuk kebajikan

SEJUMLAH RM235 menerusi dua tabung termasuk satu tabung buluh yang disumbangkan oleh seorang warga emas dari Chengkau, Rembau untuk diserahkan kepada Lajnah Kebajikan Pas Negeri Sembilan hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Warga emas di Chengkau dekat sini menyumbangkan wangnya menerusi dua tabung dengan salah satunya tabung buluh kepada pihak Lajnah Kebajikan Pas Negeri Sembilan.

Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Negeri Sembilan, Ishak Omar berkata, sumbangan wang tersebut diberikan oleh individu yang sudah dikenalinya sejak 13 tahun lalu.

Malah, katanya, sepanjang tempoh perkenalan berkenaan, dia telah menerima sebanyak tiga kali sumbangan tabungan daripada lelaki warga emas berkenaan.

“Saya terjumpa dia di Chengkau pagi tadi, masa jumpa itu dia memberitahu ada tabung untuk diberikan kepada saya, kemudia dia terus menyerahkan dua tabung itu.

“Kali ini, dia mahu wang yang disumbangkannya itu digunakan khas buat kawasan Rembau khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ishak berkata, sebaik pulang ke rumah, perasaannya bercampur baur ketika membuka tabung buluh berkenaan dan melihat banyak duit syiling dan terdapat beberapa wang kertas.

Menurutnya, setelah dihitung, syiling dan wang kertas di dalam dua tabung berkenaan kesemuanya mencecah sebanyak RM235.

“Saya tak tahu berapa lama dia menyimpan wang ini namun hasratnya untuk bersedekah melalui Lajnah Kebajikan Pas Negeri Sembilan akan saya tunaikan sebaik mungkin.

“Saya harap kisah ini akan memberi galakan kepada pihak lain untuk sama-sama menyumbang bagi kerja-kerja kebajikan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya