Seorang maut, 6 parah kemalangan dua kenderaan

Seorang maut, 6 parah Honda Civic bertembung MPV

KEMALANGAN dua buah kenderaan yang mengakibatkan seorang maut dan enam lagi cedera parah di Kilometer 13.8 Jalan Seremban-Port Dickson, Port Dickson, malam semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 13.8 Jalan Seremban-Port Dickson malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, mangsa, Phoon Swee Loong, 41, memandu kereta jenis Honda Civic dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Port Dickson.

Tambahnya, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan dan kemudiannya melanggar bahagian hadapan MPV berkenaan.

“Mangsa yang beralamat di Bandar Spring Hill dekat sini cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Port Dickson. 

“Mayat telah dihantar ke unit forensik hospital berkenaan untuk proses bedah siasat yang dijalankan pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu, menurut Muhamad Mustafah, kemalangan turut mengakibatkan enam individu lain yang berada dalam MPV tersebut mengalami kecederaan parah.

“Kesemua mereka adalah rakan dan masing-masing berusia 19 tahun serta dalam perjalanan ke Rembau bagi aktiviti mendaki Gunung Datuk.

“Mereka cedera parah di bahagian kepala, patah kaki kiri dan patah kaki kanan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya