PUTRAJAYA: Selangor terus merekodkan kes Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 692 kes diikuti Sabah, 260 kes dan Kuala Lumpur pula, 197 kes.
Terdapat 106 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan dan enam kluster baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, negara hari ini juga merekodkan sebanyak 1,683 kes baharu yang menjadikan jumlah kes positif sebanyak 90,816 kes.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 15,140 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE