Selangor terus catat pertambahan kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Selangor terus catat pertambahan kes Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 terus merekodkan tertinggi di Selangor iaitu 532 kes, iaitu meningkat hampir 100 kes berbanding semalam dengan 420 kes daripadanya adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang giat dijalankan di lapangan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu sekali gus meningkatkan kes harian di negara ini kepada 1,371 kes menjadikan jumlah kes positif keseluruhan berjumlah 84,846 kes.

Menurut beliau, terdapat pertambahan empat lagi kes kematian dnegan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 419 kes, selain merekodkan dua kluster baharu melibatkan tempat kerja dengan kesemuanya adalah bukan warganegara.

“Kluster pertama ialah Kluster Solar Ria melibatkan daerah Sepang, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor (25 kes) manakala kluster kedua ialah Kluster Senu Setia melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur (13 kes).

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 13,830 kes dan kes sembuh pula merekodkan 1,204 kes,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya