PUTRAJAYA: Selangor melaporkan kes harian tertinggi Covid-19 iaitu 277 kes diikuti Sabah, 203 kes dan Kuala Lumpur dengan 129 kes.
Sehingga kini, terdapat 127 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 61 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan lima kes kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 959 kes positif baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 76,265 kes.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,748 kes dan empat kluster baharu dikesan.
“Sebanyak 1,068 kes sembuh dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 65,124 kes,” katanya. – UTUSAN ONLINE