Selangor tertinggi Covid-19 diikuti Sabah, Johor - Utusan Malaysia

Selangor tertinggi Covid-19 diikuti Sabah, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi hari ini iaitu 417 kes diikuti Sabah 271 kes dan Johor sebanyak 108 kes manakala dua kluster baharu dikesan.

Selain itu, terdapat 126 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan dan sebanyak empat kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,012 kes baharu dan ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 75,306 kes.

Katanya,  jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,862 kes.

“Sebanyak 44 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (24 kes), Kluster Bakti (18 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes).

“Bagaimanapun, bilangan kes sembuh adalah sebanyak 1,750 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 64,056 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN