PUTRAJAYA: Selangor merekodkan kes Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 481 kes diikuti Sabah sebanyak 268 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 232 kes.
Terdapat 113 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan tujuh kematian dan lapan kluster baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,295 kes positif baharu yang menjadikan jumlah kes di Malaysia sebanyak 87,913 kes.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 14,751 kes,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE