Selangor masih tertinggi Covid-19 - Utusan Malaysia

Selangor masih tertinggi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor melaporkan kes harian tertinggi Covid-19 iaitu 337 kes diikuti Negeri Sembilan, 258 kes dan Sabah sebanyak 250 kes.

Sehingga kini, terdapat 126 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan dua kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,335 kes positif baharu yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 72,694 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 11,039 kes.

“Kes sembuh adalah sebanyak 1,069 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 61,273 kes.

“Sebanyak 187 kluster aktif dipantau dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini dengan tiga kluster baharu direkodkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya