Sedih lihat anak terlantar semula - Utusan Malaysia

Sedih lihat anak terlantar semula

ARSYAD Ruzin (tengah) sedang disantuni ayahnya, Ruzin Supaat (kiri) dan ibunya, Mulyana Mokmin di rumah mereka di Sungai Kandis Klang Selangor hari ini.-UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Harapan seorang ibu melihat anaknya kembali lincah seperti biasa musnah apabila disahkan menghidap semula ketumbuhan otak, tahun lalu.

Arsyad Ruzin,16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad di sini diagnosis ketumbuhan tersebut selepas kepalanya terhantuk tiang semasa bermain di kawasan rumah di Kampung Sungai Kandis di sini.

Ibunya, Mulyana Mokmin, 42, berkata, Arsyad merupakan anak kedua daripada empat beradik itu sebelum ini telah menunjukkan kesihatan memberangsangkan selepas menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur ketika usianya 7 tahun.

“Penyakit tersebut mula dikesan apabila dia sering pening kepala dan muntah selama dua minggu ketika tahun satu sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Arsyad menerima rawatan kemoterapi dan radioterapi selama setahun dengan keadaan kesihatannya semakin pulih,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Bercerita lanjut, Mulyana memberitahu, doktor pakar yang merawatnya telah berpesan sekiranya dalam tempoh lima tahun penyakitnya tidak berulang bermakna Arsyad sudah pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, kata wanita itu, anaknya kembali sakit selepas terhantuk di tiang semasa sedang bermain di kawasan rumah tahun lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati ketumbuhan di dalam otak Arsyad didapati kembali membesar dan telah menjalani pembedahan pada 26 November tahun lalu.

“Keadaannya selepas itu hanya terlantar dan amat memilukan kami,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mulyana menjelaskan menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) berupa susu formula, lampin pakai buang dan ubat sawan.

“Pendapatan saya dan suami adalah RM4,000 sebulan dan perlu menanggung tiga lagi anak yang masih bersekolah selain keperluan harian Arsyad,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang bagi menampung kos rawatan Arsyad boleh menyalurkannya ke akaun CIMB 7627413602 atas nama Mulyana Mokmin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya