PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri menjadi individu pertama menerima suntikan Covid-19.
Jelas Perdana Menteri, ini bagi meyakinkan rakyat vaksin itu adalah selamat.
“Seterusnya akan diberi kepada petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasar,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan di kaca televisyen pagi ini.
Beliau turut mengajak semua pihak menghayati kebiasaan baharu dalam menjalani kehidupan harian walaupun selepas menerima suntikan vaksin. – UTUSAN ONLINE