Satu lagi perangkap harimau akan dipasang di Felda Kertih 4 - Utusan Malaysia

Satu lagi perangkap harimau akan dipasang di Felda Kertih 4

Pengurus Felda Kertih 4, Mohd. Azimi Hassan menunjukkan bangkai lembu yang dibaham harimau di Ladang Felda Kertih 4.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu akan memasang satu lagi perangkap bagi menangkap harimau yang dipercayai berkeliaran di ladang Felda Kertih 4 di sini.

Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan haiwan liar yang dilaporkan menyerang lembu milik 30 penternak di ladang itu dapat ditangkap. 

“Rabu lalu, kita telah memasang satu unit perangkap di ladang susulan aduan daripada penternak mengenai kehilangan ternakan mereka.

“InsyaAllah, kita akan memasang satu lagi unit perangkap hari ini, malah kakitangan Perhilitan telah membuat pemantauan dan kawalan bermula Ahad lalu bagi menangkap harimau berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Malek berkata, sebanyak dua aduan serangan harimau diterima iaitu pada 24 November lalu membabitkan dua lembu diikuti seekor enam hari berikutnya.

Menurutnya, haiwan liar tersebut dipercayai keluar dari Hutan Simpan Rasau di sini untuk mencari makan dan berdasarkan kesan tapak kaki, pihaknya percaya hanya seekor harimau yang berkeliaran. 

“Kita akan meneruskan operasi menangkap harimau ini untuk memastikan keselamatan orang ramai terjamin,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya