Saarani MB Perak baharu - Utusan Malaysia

Saarani MB Perak baharu

SAARANI Mohamad selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu Perak di Istana Iskandariah Kuala Kangsar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemelut pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu selesai apabila Pas dan Bersatu bersetuju menyokong calon yang dikemukakan UMNO, Datuk Saarani Mohammad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan.

Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perbincangan yang berlangsung sebentar tadi turut mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri.

Jelas kenyataan itu, ketiga-tiga parti turut bersepakat memperkukuhkan lagi kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak dan di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

“Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disertai sama Setiausaha Agung ketiga-tiga parti pada hari ini telah mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Dalam perbincangan ini, Pengerusi BN telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak ADUN-ADUN BN Perak di atas kekhilafan yang berlaku.

“Atas semangat pemuafakatan PN, ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan Saarani sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN