Saarani angkat sumpah MB Perak ke-14 - Utusan Malaysia

Saarani angkat sumpah MB Perak ke-14

SAARANI Mohamad mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini. - GAMBAR PEJABAT SUK PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Ke-14 di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Istiadat angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada pukul 11 pagi.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah.

Saarani, 59, yang juga Pengerusi UMNO Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang gagal mendapat kepercayaan majoriti dalam undi percaya terhadap beliau dalam sidang DUN pada Jumaat lalu.

Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Ahmad Faizal melaksanakan tugas Menteri Besar sejak 12 Mei 2018, setelah dua kali mengangkat sumpah jawatan iaitu pada 12 Mei 2018 dan dan kali kedua pada 13 Mac 2020. 

Saarani dijadual mengadakan sidang akhbar di Dewan Jubli Perak di sini selepas istiadat angkat sumpah jawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN