KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatan kuasa bagi Kementerian Kerja Raya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azalina Othman Said mengumumkan keputusan undian yang dibuat menerusi suara majoriti.
Sesi penggulungan RUU bagi Kementerian Kerja Raya dilakukan Datuk Seri Fadillah Yusoff.
Kementerian Kerja Raya menerima RM7.348 bilion peruntukan bagi tahun 2021.
Jumlah perbelanjaan mengurus kementerian yang diluluskan adalah sebanyak RM1.26 bilion berbanding RM1.792 bilion yang diterima untuk tahun 2020.
Manakala peruntukan pembangunan 2021 yang diluluskan adalah sebanyak RM6.088 bilion berbanding RM6.240 bilion pada tahun lalu. – UTUSAN