Rumah sejuk beku Musang King di Jeli, Tanah Merah

Rumah sejuk beku Musang King di Jeli, Tanah Merah

TUAN Mohd Saripudin Tuan Ismail (dua dari kiri) beramah mesra dengan peserta cemerlang dalam Majlis Graduasi Program Farmer dan Field School di Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Kota Bharu hari ini. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pertanian akan membina dua rumah sejuk beku, masing-masing di Jeli dan Tanah Merah awal tahun depan khusus untuk menyimpan bekalan durian Musang King yang dihasilkan di negeri ini sebelum dieksport ke luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Bioteknologi, Teknolojo Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, kos untuk pembinaan rumah sejuk beku tersebut dianggarkan sekitar RM1 juta.

Beliau berkata, sebelum ini, pekebun terpaksa menyimpan durian Musang King di rumah sejuk beku di Raub, Pahang memandangkan tiada tempat pengumpulan hasil buah itu di Kelantan.

“Tanah Merah dan Jeli dipilih kerana dua daerah ini merupakan perintis kepada penanaman durian baka Musang King. Dengan adanya rumah sejuk beku, pekebun boleh menyimpan dalam tempoh dua bulan sebelum dieksport ke luar negara.

“Durian yang berkualiti akan disimpan di rumah sejuk beku bagi mengelak berlakunya lambakan dan akan dijual mengikut harga pasaran semasa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Graduasi dan Penutup Program Farmer Field School (FFS) Cantuman Durian melibatkan 20 peserta anjuran Jabatan Pertanian Negeri Kelantan di pusat Latihan Pertanian Lundang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Mohd. Saripudin berkata, sehingga kini lebih 10,000 pekebun mengusahakan tanaman Musang King melibatkan tanah seluas 8,000 hektar di seluruh negeri ini.

“Kita akan berusaha membantu pekebun yang menghadapi masalah ancaman daripada babi hutan, gajah liar dan kera yang merosakkan tanaman mereka dengan cara memasang pagar elektrik solar dan jaring.

“Saya difahamkan setiap satu hektar pekebun terpaksa menanggung kos sebanyak RM5,000 untuk memasang pagar ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya