Rugi RM177,500 diperdaya kenalan dari 'Poland' - Utusan Malaysia

Rugi RM177,500 diperdaya kenalan dari ‘Poland’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang suri rumah melalui perkenalan ‘berharga’ dengan seorang lelaki dari ‘Poland’ menerusi laman sosial Facebook yang mengakibatkannya ditipu sebanyak RM177,500.

Wanita berusia 40-an yang berasal dari Kepala Batas dekat sini itu dikatakan berkenalan dengan individu yang dipercayai sindiket African Scam berkenaan kira-kira sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa mula terjerat selepas kenalannya itu memaklumkan kononnya ada mengirimkan hadiah dan wang tunai melalui sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran di Kuala Lumpur.

Namun kata beliau, mangsa telah diyakinkan supaya membayar cukai, insurans dan caj perkhidmatan lain bagi menuntut barang berkenaan.

“Mangsa yang percaya dengan kata-kata kenalannya dari Poland itu telah membuat 17 transaksi pemindahan wang ke dalam lima akaun tempatan dalam tempoh dua hari pada Isnin dan Selasa lalu.

“Dia memasukkan wang ke dalam akaun atas nama individu berasingan itu keseluruhannya berjumlah RM177,500 sebelum menyedari ditipu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua wang itu adalah hasil simpanan ketika mangsa bekerja sebagai ejen insurans, simpanan milik ibunya serta yang dipinjam daripada adik-beradiknya.

Jelas beliau, mangsa tampil membuat laporan polis kelmarin dan pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki yang dikatakan dari Poland itu merupakan ahli sindiket parcel scam berdasarkan modus operandi digunakan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya