Roziah dilantik TNC UiTM baharu - Utusan Malaysia

Roziah dilantik TNC UiTM baharu

Dr. ROZIAH MOHD JANOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Profesor Dr. Roziah Mohd. Janor dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan pensyarah yang juga pakar bidang matematik dan statistik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik itu bagi menggantikan Profesor Dr. Mohamad Kamal Harun, 60.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Nora Noordin berkata, Roziah berusia 57 tahun telah berkhidmat dengan UiTM selama 30 tahun di pelbagai peringkat pengurusan, akademik dan penyelidikan serta kualiti.

“Beliau adalah penggerak penting yang berperanan dalam meningkatkan penarafan UiTM sejak lima tahun berturut-turut bermula ketika menjadi Penolong Naib Canselor (Kualiti) pada 2015.

“Peranan beliau juga turut membantu kedudukan UiTM yang telah melonjak ke tangga 108 terbaik di Asia daripada tangga 181 pada 2017, iaitu 17 peratus terbaik dalam kalangan 634 institusi pengajian tinggi di Asia,” katanya dalam kenyataan di si i hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, UiTM berharap dengan pelantikan sebagai TNC yang baharu dapat terus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran universiti.

“Sejajar dengan hasrat dan matlamat pelan strategik UiTM 2025 untuk menjadi sebuah universiti terkemuka di dunia.

“UiTM mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atas pelantikan tersebut dan merakam penghargaan kepada Mohamad Kamal atas segala khidmat dan kepimpinan sepanjang menyandang jawatan tersebut sejak 16 September 2017 hingga 30 November lalu,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya