RM800,000 bina benteng di pantai Kampung Pengkalan Maras 

RM800,000 bina benteng di pantai Kampung Pengkalan Maras 

TUAN Ibrahim Tuan Man melihat kawasan yang terjejas hakisan di pantai Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus, Terengganu hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kementerian Alam Sekitar dan Air hari ini meluluskan peruntukan segera sebanyak RM800,000 bagi pembinaan benteng di kawasan pantai di Kampung Pengkalan Maras di sini yang terjejas teruk akibat hakisan.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu bakal menyelamatkan kawasan tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan yang dibimbangi tenggelam ekoran masalah hakisan yang makin meruncing.

Katanya, kerja-kerja pembinaan benteng sepanjang kira-kira 200 meter itu bakal dimulakan minggu depan dan dijangka memakan masa selama kira-kira enam minggu untuk siap sepenuhnya.

Sebenarnya kita sudah ada pelan kajian terperinci secara holistik di kawasan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM90 juta tetapi disebabkan keadaan hakisan yang semakin kritikal, maka kementerian telah meluluskan RM800,000 untuk membina benteng.

“Harapan kita agar projek ini dapat menyelamatkan buat sementara waktu tanah perkuburan dan sekitarnya sebelum kita melaksanakan projek besar untuk keseluruhan kawasan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau hakisan pantai di kampung ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya kini giat berbincang dengan kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik yang boleh diambil kedua-dua pihak berhubung isu hakisan pantai di Terengganu yang semakin buruk terutama pada musim tengkujuh.

Kita menerima laporan tentang situasi pantai di Terengganu dan sebab itu kajian holistik secara keseluruhan perlu dilakukan bagi memantau dan mengatur perancangan berkesan.

“Saya dalam perbincangan dengan kerajaan negeri untuk melihat langkah yang boleh diambil berhubung isu ini kerana ada ketikanya pembinaan benteng berisiko menyebabkan kawasan lain terjejas dengan kerosakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya