Remaja maut motosikal rempuh belakang lori - Utusan Malaysia

Remaja maut motosikal rempuh belakang lori

MOTOSIKAL jenis Honda PCX ditunggangi mangsa yang merempuh belakang lori dalam kemalangan di Kilometer 197.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Alor Gajah, Melaka
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 197.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Aqrabin Amsyar Zakaria, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku selepas motosikal jenis Honda PCX yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kenderaan berat tersebut. 

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang beralamat di Kampung Tengah Paya Redan, Pagoh, Johor telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

“Hasil maklumat awal, remaja tersebut juga dipercayai bekerja di sebuah kedai tayar,” katanya. 

Arshad berkata, pemandu lori terbabit yang berusia 39 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya