Rasuah: Lans Koperal direman lima hari - Utusan Malaysia

Rasuah: Lans Koperal direman lima hari

SUSPEK anggota polis berpangkat Lans Koperal direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung menerima rasuah RM4,000 berhubung menutup kes berkaitan rasuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung permintaan suapan bernilai RM4,000 bagi menutup sebuah kes berkaitan fitnah Isnin lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 28 tahun itu yang bermula hari ini dikeluarkan Timbalan Pendaftar, Wan Noora Nisa Ngadirin.

Menurut sumber, suspek yang bertugas di sebuah pondok polis di daerah ini telah memperkenalkan diri sebagai pegawai penyiasat kepada seorang wanita berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh sebuah syarikat terhadap kes tuduhan fitnah dilakukan suaminya terhadap syarikat tersebut.

“Bagaimanapun, suspek telah meminta wang RM4,000 daripada wanita terbabit sebagai balasan menutup kes tersebut.

“Hasil siasatan, suspek telah ditahan semalam di sebuah restoran di sekitar Shah Alam kira-kira pukul 4.25  petang bagi membantu siasatan,” kata sumber.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir ke Mahkamah Shah Alam diiringi anggota suruhanjaya itu kira-kira pukul 9 pagi diwakili peguamnya, Sallehuddin Salam.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN