Ramai dengar radio di Selangor, jam 5 petang popular - Utusan Malaysia

Ramai dengar radio di Selangor, jam 5 petang popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun ada banyak teknologi siar raya moden ketika ini, penduduk Selangor dikenal pasti paling ramai mendengar siaran radio berbanding mereka di negeri-negeri lain.

Menurut Laporan Prestasi Industri yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sejumlah 5.2 juta pendengar radio di Malaysia ialah penduduk Selangor.

Ini bermakna lapan daripada 10 orang di Selangor merupakan pendengar radio dan hanya 1.3 juta rakyat negeri itu langsung tidak pernah ikuti siaran radio.

“Radio mencatatkan sekitar 20.6 juta pendengar di negara ini dengan 97 peratus daripadanya penduduk Semenanjung berusia 10 tahun ke atas,” katanya.

SKMM menambah, daripada jumlah tersebut, 18.3 juta pendengar atau 89 peratus dikesan berada di kawasan bandar manakala 2.3 juta atau 11 peratus pula dari kawasan luar bandar.

Ini diikuti Johor dengan 3.1 juta pendengar iaitu 82 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri itu mendengar siaran radio dan dipercayai kerana pilihan stesen yang terlalu banyak.

Johor muncul negeri paling ‘mewah’ menerima saluran radio di Malaysia iaitu lebih 60 dengan masing-masing 24 saluran Malaysia selain dari jirannya, Singapura (19) dan Indonesia (22).

Bayangkan julat jarak beza frekuensi antara siaran dua stesen dikatakan cukup rapat amat tepu sehingga 0.2 MHz berbanding had standard lazim iaitu 0.5 MHz di tempat-tempat lain.

“Jika dibuat perbandingan antara negara, angka peratusan pendengar radio di Malaysia tinggi berbanding Austria (95 peratus), Australia (94 peratus) dan Finland (92 peratus),” jelas SKMM.

SKMM menambah, waktu paling tinggi siaran radio didengari di negara ini ialah sekitar pukul 5 petang iaitu hampir 50 peratus dan paling rendah selepas 11 malam iaitu kurang 10 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya