Rafizi pernah beri amaran kepada Anwar - Utusan Malaysia

Rafizi pernah beri amaran kepada Anwar

RAFIZI RAMLI sah akan kembali aktif dalam politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tampil mendedahkan Pengerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir bukanlah satu-satunya yang pernah untuk tidak bersetuju dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata, beliau sendiri pernah memberi teguran kepada presiden parti itu supaya berhati-hati memilih individu yang dipercayainya.

“Saya pernah tegur Anwar sejak dua tahun lalu. Jadi teguran Akmal Nasir ada asasnya. Anwar perlu pandai pilih orang kelilingnya yang menjadi penjaga tol ke pejabatnya.

“Dulu pilih Azmin (Datuk Seri Azmin Ali), tengok apa jadi. Yang sekarang ada juga dua kali lima,” katanya dalam catatan Facebook.

Baru-baru ini, tular di media sosial perbualan Akmal Nasrullah dengan beberapa pemimpin lain dalam kumpulan aplikasi WhatsApp seolah-olah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ahli parlimen Port Dickson itu.

Beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah tampil mendesak supaya ketua pergerakan itu, Akmal Nasrullah dikenakan tindakan atas perbuatannya itu.

Rafizi yang telah lama tidak memberi komen mengenai situasi politik negara berkata teguran beliau terhadap Anwar tidak berkesan.

“Saya jenis yang tidak suka bercakap benda sama berulang-ulang. Sekiranya nasihat itu telah diberikan dan nampaknya tidak berkesan maka biarlah Anwar menanggung sendiri risiko menyimpan oportunis di keliling beliau.

“Saya nasihatkan kepada semua yang berhasrat menunggang parti ini (PKR) demi kekayaan dan kedudukan peribadi, lebih baik jangan kacau saya. Saya mungkin tidak berminat untuk turut serta tetapi saya masih benci politikus yang merosakkan nama baik politik,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya