Raaga, stesen radio Tamil paling lama didengar - Utusan Malaysia

Raaga, stesen radio Tamil paling lama didengar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun liputan siarannya terhad hanya melibatkan sebahagian besar Pantai Barat Semenanjung, stesen Raaga kekal unggul paling lama didengar di negara ini.

Menurut laporan terkini Persatuan Radio Komersial Malaysia (CRM), saluran radio berbahasa Tamil itu secara purata didengar para peminatnya selama 8 jam 50 minit pada setiap hari.

 Kedudukan itu membolehkan stesen FM yang berpangkalan di ibu negara dan dimiliki gergasi penyiaran Astro Holdings Sdn. Bhd. tersebut mengekalkan rekod dipegangnya tahun lepas.

Malah, ia diiktiraf radio Tamil No.1 di rantau Asia Tenggara mengatasi saingannya, Minnal FM, stesen Tamil pertama beroperasi 24 jam di dunia, di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia.

Ketika ini, Raaga yang bererti ‘irama’, direkodkan ada 1.4 juta pendengar, berbanding Minnal FM sekadar hampir 900,000 pendengar yang mengikuti siaran itu purata 8 jam 17 minit sehari.

Ironi, tempoh dicatat Raaga kali ini merosot daripada purata 9 jam 39 minit direkodkan tahun lalu, manakala Minnal FM pula bertambah kerana sebelum itu didengar selama 7 jam 16 minit.

Uniknya, CRM melaporkan Best FM, stesen radio swasta pertama di negara ini dan dimiliki Suara Johor Sdn. Bhd., mencatatkan lonjakan amat besar untuk ‘melompat’ ke tempat kedua.

Tahun lalu, saluran diwujudkan pada 1988 itu cuma di posisi kelima dengan tempoh purata 6 jam 46 minit didengar pengikutnya, tetapi tahun ini ia berjaya pula merekodkan 8 jam 34 minit.

Kejayaan luar biasa ini membolehkan Best FM berpusat di Johor Bahru itu ‘menolak’ radio Gegar turun tangga ketiga apabila pendengarnya secara purata ikuti 7 jam 57 minit sahaja.

Angka tersebut jelas menurun, berbanding didengar selama 8 jam 12 minit yang dicatatkan stesen milik Astro Holdings Sdn.Bhd. dengan slogan ‘Permata Pantai Timur’ itu tahun lepas.

Secara keseluruhan CRM menyatakan kajian dibuat firma penyelidik ternama GfK berpusat di Singapura itu menunjukkan rakyat Malaysia masih dengar radio FM sebagai sumber media.

Pada masa ini, terdapat 25 saluran radio swasta dan 32 saluran awam lagi di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia yang beroperasi di seluruh negara dalam pelbagai genre dan bahasa. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya