Pusat luluskan RM4.5 juta bina pembetung di RMM Teluk Kalong - Utusan Malaysia

Pusat luluskan RM4.5 juta bina pembetung di RMM Teluk Kalong

HANAFIAH MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lebih 2,000 penduduk di Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong di sini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Pusat meluluskan bantuan sebanyak RM4.5 juta bagi menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan perumahan tersebut. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, peruntukan itu akan dimanfaatkan bagi kerja-kerja pembinaan empat pembetung berukuran 30 meter. 

Katanya, projek pembangunan itu bakal dilaksanakan pada Jun 2021 dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan. 

“Kawasan perumahan ini sering dinaiki air setiap kali hujan dan jumlah taburan hujan yang banyak empat hari lalu turut menyebabkan banjir merebak hingga ke Kemasik. 

“Dengan pembinaan pembetung itu, InsyaAllah!, bencana banjir tidak akan berlaku di kawasan perumahan ini,” katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas program lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini hari ini. 

Difahamkan masalah banjir di RMM Telok Kalong sudah membelenggu penduduk sejak tujuh tahun lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya