Program E-Board bantu lonjakan jualan usahawan tempatan lebih 50 peratus

Program E-Board bantu lonjakan jualan usahawan tempatan lebih 50 peratus

PROGRAM E-Board di bawah Insken yang disertai para usahawan tempatan berjaya melonjakkan jualan sebanyak 525.58 peratus sepanjang tempoh program bimbingan dijalankan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program Online Onboarding Coaching (E-Board) di bawah Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) yang disertai para usahawan tempatan berjaya melonjakkan jualan sebanyak 525.58 peratus sepanjang tempoh program bimbingan dijalankan. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar antara lain berkata, purata hasil jualan bagi semua 250 peserta kohort satu mencatatkan peningkatan sebanyak 17.57 peratus menerusi program tersebut. 

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

“Insken amat komited dalam membantu proses transformasi usahawan dari perniagaan konvensional kepada perniagaan secara dalam talian melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube, Whatsapp dan Telegram. 

“Selain itu, Insken juga telah mempersiapkan usahawan ke arah ekonomi digital melalui program Insken Business Training yang turut diadakan secara atas talian antaranya Whatsapp untuk Bisnes, Pasarkan Produk Andai di e-Marketplace (Shopee dan Lazada), Zero Cost Marketing menggunakan Facebook dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. 

E-Board mula diperkenalkan pada Julai lalu bagi memperkukuh kemampuan dan kapasiti usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam penggunaan platform secara atas talian dengan meletakkan aspek peningkatan jualan usahawan sebagai sasaran utama program. 

Pada peringkat program itu, usahawan akan diberi pendedahan kepada semua saluran atas talian dalam jangka masa dua hari melalui sesi Latihan General E-Marketplace selain usahawan diberi peluang untuk memilih platform yang ingin dikuasai sesuai dengan perniagaan mereka agar dapat dibimbing selama tiga bulan oleh pakar secara mendalam.  

Sementara itu, usahawan dan pemilik Pusat Pembangunan Ilmu, Teratak Ilmu, Widad Fitriah berkata, sebelum ini syarikatnya telah menerima arahan untuk keluar dari premis perniagaan dalam masa 30 hari kerana tidak mampu lagi untuk membayar kesemua tunggakan kos operasi yang mencecah puluhan ribu ringgit. 

“Bagaimanapun, setelah mengikuti program E-Board dan mempelajari teknik pemasaran secara atas talian, saya berjaya melunaskan kesemua tunggakan tersebut malah semua kos operasi Teratak Ilmu kini mampu dibayar sepenuhnya menggunakan hasil jualannya berbanding dahulu yang terpaksa menggunakan sumber pendapatan lain untuk menampung kesemua kos tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya