PPK Raub model kejayaan projek fertigasi terung, timun - Utusan Malaysia

PPK Raub model kejayaan projek fertigasi terung, timun

DATUK Che Abdullah Mat Nawi (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima di PPK Raub di Raub, Pahang hari ini. -UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) daerah ini menjadi model kejayaan projek fertigasi terung dan timun dengan menjana pendapatan RM24,000 untuk tuaian pertama.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Pahang, Dzulfadli Johan berkata, PPK kawasan itu menerima peruntukan RM240,000 awal tahun ini menjalankan fertigasi membabitkan 4,500 polibeg terung dan timun 7,500 polibeg.

Menurutnya, kebolehpasaran yang luas mendorong projek itu berdaya maju dan mampu menghasilkan produktiviti yang tinggi.

“Projek berkenaan memberi nilai tambah kepada pengeluaran berkualiti serta menjimatkan kos operasi dalam jangka masa sederhana dan panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Perniagaan PPK Raub yang disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi di PPK Raub di sini hari ini.

Pada majlis itu, 50 orang asnaf menerima zakat perniagaan dengan agihan bernilai RM10,000 yang disalurkan kepada PPK Raub. 

Dzulfadli berkata, projek fertigasi seperti itu manifestasi kerajaan menggalakkan PPK dalam melestarikan pengeluaran makanan berkualiti dan mengekalkan rantaian makanan negara.

Katanya, LPP Pahang menyokong penuh usaha murni PPK Raub melaksanakan projek agromakanan sekali gus memberi manfaat kepada ahli seramai 4,324 orang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya