P&P jawi SJK, SK diteruskan  - Utusan Malaysia

P&P jawi SJK, SK diteruskan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembelajaran dan pengajaran tulisan jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) akan diteruskan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan penetapan keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos tahun lalu.

“Pada dasarnya kita mengikut arahan diputuskan oleh Jemaah Menteri.

“Elemen pengukuhan jawi dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti pengayaan seperti membina modul pemulihan Jawi dengan lebih mudah dan menarik untuk murid yang kurang menguasai Jawi,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PN-Jerai) sama ada kerajaan akan meneruskan pembelajaran tulisan jawi di SJK dan SK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya