Polis siasat pencemaran najis babi Sungai Kereh - Utusan Malaysia

Polis siasat pencemaran najis babi Sungai Kereh

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH:  Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes pencemaran Sungai Kereh, di Tasek Gelugor dekat sini yang dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa najis babi yang didakwa berlarutan sejak 40 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada petani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak berkuasa tempatan bagi melengkapkan kertas siasatan terbabit.

Ujarnya, siasatan itu sudah bermula 19 November lalu dan kini berada pada peringkat akhir sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya dijangka bulan depan.

“Polis kini dalam proses menerima semua data dan laporan daripada pihak berkaitan untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Noorzainy, pihak forensik sudah mengambil sampel air di Sungai Kereh minggu lalu untuk mengesan sama ada terdapat DNA babi selain sampel daripada lapan ladang babi yang dikenal pasti terbabit dalam masalah pencemaran itu.

Jelas beliau, kesemua sampel itu dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor untuk diuji dan masih belum mendapat sebarang keputusan.

“Apabila semuanya sudah lengkap polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya bulan depan untuk siasatan dibawah  Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya