PM luang sama sejam lawat mangsa banjir - Utusan Malaysia

PM luang sama sejam lawat mangsa banjir

TAN Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Ahmad Yakob (kanan) serta Dr. Aminuddin Hassim (dua dari kiri) semasa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di SK Gual Tinggi, Rantau Panjang di sini hari ini. -UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun padang hampir satu jam melawat mangsa banjir di Rantau Panjang yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini.

Muhyiddin yang tiba di PPS berkenaan pada pukul 10 pagi menggunakan helikopter dan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan barisan kepimpinan tertinggi negeri serta Ketua Ketua Pengarah Agensi Bencana Negara (Nadma) Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Perdana Menteri kemudian diberikan taklimat mengenai situasi semasa banjir dan kemudian dibawa melawat mangsa yang berada di PPS tersebut.

Dalam lawatan itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan kit makanan kepada mangsa banjir.

Selain itu, beliau turut membuat tinjauan di kawasan sekitar untuk melihat kemudahan yang disediakan kepada mangsa banjir. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya