PKPD Amber Court, Ria Apartmen dilanjut, Kg. Semaut tamat - Utusan Malaysia

PKPD Amber Court, Ria Apartmen dilanjut, Kg. Semaut tamat

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk meneruskan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Amber Court dan Ria Apartment di Bentong, Pahang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dibuat hasil susulan penilaian risiko yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan di dua lokaliti tersebut.

“Justeru, PKPD di dua kawasan itu diteruskan selama 14 hari bermula dari tarikh sepatutnya tamat 23 Disember ini kepada 6 Januari tahun depan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, sehingga semalam, sebanyak 1,183 ujian saringan telah dibuat di Amber Court dengan 381 kes positif Covid-19 manakala 85 sampel masih menunggu keputusan.

Sementara di Ria Apartment pula ujar beliau, sejumlah 1,041 ujian saringan sudah dijalankan dengan kadar jangkitan yang agak tinggi dan risiko baharu ekoran berhubung kontak rapat.

Bagaimanapun, PKPD di satu lagi lokaliti yang membentuk Kluster Genting di kawasan itu, iaitu Rumah Kongsi Kampung Semaut bermula 10 Disember lalu ditamatkan mengikut jadual.

“Kementerian ini telah melaksanakan saringan ke atas semua penduduk dan hanya tiga orang bergejala, namun ujian RTK Antigen dijalankan didapati mereka negatif,” kata Ismail Sabri.

Terdahulu, seramai 4,351 penduduk di tiga lokaliti itu terlibat dalam Kluster Genting dikenal pasti pada 1 Disember lalu hasil aktiviti seorang warga Bangladesh melawat rakan-rakannya.

Dia merentas sempadan negeri dari Selangor ke pusat peranginan popular Genting Highlands sebelum menjangkiti ramai kenalannya yang disahkan positif melalui ujian di tempat kerja. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya