Covid-19 di Kelantan belum stabil - Utusan Malaysia

Covid-19 di Kelantan belum stabil

MOHD. Amar Nik Abdullah bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini. - FOTO/ZAAIN ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan belum memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri ini akan dilanjutkan atau ditamatkan pada 6 Disember ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan bakal dibuat dalam masa terdekat itu bergantung kepada penilaian Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap situasi semasa penularan Covid-19 di Kelantan.

“Dalam dua tiga hari ini, kes Covid-19 di Kelantan turun dan naik, keadaan belum stabil. Sambung atau tidak PKPB, bergantung kepada perkembangan sehari dua ini, sebab itu kita minta rakyat disiplinkan diri supaya angka positif Covid-19 tidak meningkat.

“Kalau meningkat, maka kerajaan tidak ada pilihan lain, kecuali melanjutkan PKPB,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Kes positif Covid-19 di Kelantan direkodkan meningkat mendadak dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini dengan empat kluster telah dikenal pasti iaitu Kluster Kube, Kluter Mengketil, Kluster Cengal dan Kluster Hilir.

Susulan peningkatan kes tersebut, kerajaan menguatkuasakan PKPB di seluruh negeri ini bermula 21 November lalu hingga 6 Disember depan.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, antara usaha kerajaan negeri bagi mengelak penularan pandemik tersebut adalah melakukan penguatkuasaan lebih tegas terhadap tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat.

“Sebab itu kita keluarkan arahan tutup kedai pukul 10 malam. Memang ramai yang terkesan namun kita harap para peniaga dapat bersabar. Semua pihak wajib patuh SOP barulah PKPB tidak disambung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya