Pindahkan pasangan panda tertakluk perjanjian dengan China - Utusan Malaysia

Pindahkan pasangan panda tertakluk perjanjian dengan China

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Zoo Negara, Kuala Lumpur tertakluk kepada perjanjian antara Malaysia dan China dalam tempoh 10 tahun yang berakhir pada 2024.

Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda melalui China Wildlife Conservation Association (CWCA) itu dimeterai sejak 2014, iaitu tahun ketibaan pasangan Giant Panda di negara ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, apa jua keputusan terhadap kedua-dua haiwan tersebut hendaklah mengikut apa yang terkandung dalam perjanjian berkenaan.

Kata beliau, ini termasuk sekiranya hendak memindahkan haiwan tersebut ke zoo lain.

“Kita perlu merujuk kepada perjanjian tersebut termasuk dalam soal kuasa menentukan pemindahan dan penempatan panda berkenaan.

“Persetujuan republik itu meminjamkan pasangan panda gergasi berkenaan adalah atas dasar hubungan istimewa yang terjalin antara kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa hadir pada majlis kesyukuran Menteri Besar Perak di Dewan Komuniti Kemas Lenggong di sini hari ini.

Majlis tersebut bagi meraikan beliau dan Menteri Besar baharu Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Media sebelum ini melaporkan Persatuan Haiwan Malaysia mendesak kerajaan memulangkan semula tiga panda di bawah jagaan Zoo Negara kepada China memandangkan kos penjagaannya tinggi termasuk premium tahunan insurans hidupan itu melebihi RM500,000 setahun.

Dua ekor beruang panda gergasi iaitu Fu Wa dan Feng Yi dipinjamkan kerajaan China pada 2014 menerusi Program Perjanjian Bersama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Pasangan panda gergasi itu melahirkan dua anak iaitu Nuan Nuan pada 2015 dan Yi Yi pada 2018.

Setiap anak panda gergasi ini perlu dihantar pulang ke China apabila usia mencecah 24 bulan dan tidak melebihi usia empat tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya