Pihak luar gagal buktikan PN tiada sokongan majoriti  - Utusan Malaysia

Pihak luar gagal buktikan PN tiada sokongan majoriti 

ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihak yang mencabar keabsahan Perikatan Nasional (PN) gagal membuktikan yang kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan wakil rakyat. 

“Sehingga hari ini mencabar yang mencabar keabsahan kerajaan pemerintah masih gagal. Sama ada undi peringkat dasar atau peringkat jawatan kuasa kita menang.

“Dalam demokarasi, walaupun menang satu undi, tetapi tetap boleh menjalankan tugas. Walaupun satu undi, tetap menang,” katanya dalam sesi Dialog Bersama Media di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Pada 14 Oktober lalu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri menghalang usul undi tidak percaya terhadapnya.

Berdasarkan rekod Dewan Rakyat sebelum ini, Azhar berkata, usul yang sama pernah dikemukakan dan tidak dihalang, namun tidak sempat dibahaskan disebabkan susun atur aturan mesyuarat selain urus kerajaan perlu diutamakan. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh sokongan 10 ahli Parlimen UMNO bagi membentuk kerajaan, Hadi berkata ia bukanlah perkara baharu menyorot tindakan Anwar sebelum ini mendakwa memiliki jumlah sokongan yang lebih besar. 

“Ini bukan yang pertama (dakwaan memiliki majoriti), kita perlu berita yang sebenarnya sahih dan kita tidak perlu terkapai-kapai. Dulu bukan 10 tetapi 120 ahli Parlimen. kita tunggu berita sahih,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya