PH rakan strategik Kerajaan Negeri Johor - Utusan Malaysia

PH rakan strategik Kerajaan Negeri Johor

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor menyifatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan strategik dalam memajukan dan memakmurkan negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, hal ini kerana pihaknya menganggap pemimpin PH bukan ‘orang asing’ dalam pentadbiran kerajaan.

Katanya, sebagai rakan strategik, pihaknya amat menghargai pandangan walaupun mungkin wujud perbezaan dari segi pemikiran dan ideologi.

“Namun dalam hati nurani kita, kita mahu destinasi akhir kita adalah sama iaitu membawa Johor negeri yang kita cintai ini lebih membangun demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya.

“Johor adalah milik kita milik kita semua Bangsa Johor. Jadi, marilah sama-sama kita jaga dan majukan Johor Darul Ta’zim,” katanya ketika berucap penggulungan perbahasan Belanjawan Johor 2021 di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya