PH Perak enggan ulas sokong calon UMNO - Utusan Malaysia

PH Perak enggan ulas sokong calon UMNO

ASMUNI Awi (kiri), Nga Kor Ming (tengah) dan Farhash Wafa Salvador ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Perak di Istana Kinta di Ipoh hari ini. - UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak enggan mengulas sama ada mereka menyokong calon Menteri Besar daripada UMNO bagi membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu. 

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Asmuni Awi tidak menjawab soalan tersebut ketika soalan itu diajukan pemberita.

Malah, mereka juga mengesahkan tidak mengemukakan sebarang nama calon menteri besar daripada PH ketika menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta hari ini.

Menurut Asmuni, kehadiran mereka ke istana adalah untuk menyembah maklum perkembangan terkini bagi pihak parti komponen dalam PH Perak.

Katanya, semua pihak diminta bersabar sehingga ada keputusan terbaik bagi penyelesaian kemelut politik di negeri ini.

“Kami cuma maklumkan perkembangan terkini kepada tuanku sultan sahaja dan tiada apa komen.

“Bersabarlah sehingga ada berita baik,” katanya ketika ditemui di luar Istana Kinta di sini.

Sementara itu, Farhash Wafa Salvador berkata, pihaknya sukar memberikan sebarang ulasan ekoran keadaan politik semasa yang sering berubah.

“Kami berada di sini hanya untuk maklumkan perkembagan terkini kepada tuanku,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya