PGA patahkan cubaan seludup 80 tong petrol - Utusan Malaysia

PGA patahkan cubaan seludup 80 tong petrol

SEBAHAGIAN tong-tong berisi minyak diesel yang cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas oleh PGA di pangkalan haram Ular di Tumpat hari ini.-UTUSAN/ YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup 80 tong berisi minyak petrol berjumlah RM3,560 dalam serbuan di pangkalan haram Ular, Pengkalan Kubor di sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan itu dilakukan pada pukul 11.34 malam.

Menurutnya, rampasan itu hasil rondaan rutin yang telah dijalankan pasukan berkenaan dalam membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.

“Semasa rondaan dijalankan, anggota PGA ternampak dua lelaki sedang memunggah tong-tong di tebing Sungai Golok sebelah Malaysia.

“Menyedari kehadiran anggota PGA, dua lelaki tersebut terus bertindak melarikan diri ke seberang sungai di sebelah Thailand menggunakan perahu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhari memberitahu, pemeriksaan lanjut di kawasan itu telah membawa kepada penemuan tong-tong berisi minyak petrol yang disyaki cuba diseludup ke Thailand menggunakan laluan tidak diwartakan.

Katanya, kesemua barangan kes dibawa ke Balai Polis Kuala Jambu untuk pemeriksaan lanjut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya