Pasukan Gerakan Am cekup penyeludup beras di Tumpat

PGA cekup penyeludup beras

SEBAHAGIAN daripada beras seludup yang dirampas anggota PGA Batalion 9 Kuantan di Sekat Pintas Pos Nibong, Tumpat. - IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Terengganu menahan seorang lelaki bersama 373 kilogram beras termasuk beras pulut yang dipercayai dibawa dari Thailand secara haram ke negara ini pagi semalam.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan bersama kenderaan jenis Proton Saga ketika melalui Sekat Pintas Pos Nibong, Simpangan, di sini pada pukul 7.30 pagi.

Pegawai Pemerintah Medan Superintenden Azhari Nusi berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM8,567.

Menurutnya, tindakan menahan kenderaan itu dibuat anggota PGA selepas ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kereta tersebut telah menjumpai longgokan guni-guni putih berisi beras di dalam bonet.

“Selain itu, kita turut menemui guni beras yang diletakkan pada bahagian kaki dan tempat penumpang belakang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhari memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua beras tersebut disyaki diseludup dari negara jiran menerusi jalan tidak diwartakan untuk dijual di pasaran tempatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) 1994. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya