Perlis laksana projek pajak ladang harumanis - Utusan Malaysia

Perlis laksana projek pajak ladang harumanis

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menanam pokok mempelam harumanis pada Majlis Pelancaran Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Perlis (Pertanian) dan penanaman serentak 4,5000 pokok mangga harumanis di Perlis 2020 di Pusat Internet Malaysia, Simpang Empat, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Kerajaan melalui Jabatan Pertanian melaksanakan projek pajakan ladang mangga harumanis milik agensi itu kepada pengusaha buah berkenaan di negeri ini dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman tersebut sekali gus menambah sumber pendapatan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, projek perintis yang bermula sejak awal bulan itu melibatkan keseluruhan 6.06 hektar ladang harumanis kepada tiga individu.

Katanya, ketiga-tiga pemajak akan menerima 2.02 hektar ladang mangga harumanis yang masing-masing memiliki kira-kira 260 pokok harumanis dewasa.

“Kami akan memantau selama semusim bagaimana mereka menguruskan dua hektar ladang ini hinggalah ke proses penjualan dan melihat hasilnya. Sekiranya projek ini berjaya, maka kita akan kembangkan kepada banyak ladang-ladang lain milik Jabatan Pertanian.

“Mereka yang dipilih untuk memajak ladang ini sememangnya mempunyai pengalaman menguruskan ladang harumanis sendiri. Kita akan memberi khidmat nasihat tetapi terpulang pada mereka untuk menguruskan ladang sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Perlis (Pertanian) dan penanaman serentak 4,500 pokok mangga harumanis Perlis 2020 di Pusat Internet Malaysia, Simpang Empat di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sebanyak 4,500 pokok mangga harumanis ditanam secara serentak di 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri iaitu 100 pokok bagi setiap DUN iaitu tiga pokok bagi setiap rumah.

Harga setiap satu pokok tersebut adalah RM15, namun peserta hanya perlu membayar RM5 sepokok kerana mendapat subsidi sebanyak RM10 daripada kerajaan negeri.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya