Perkasa Kuala Kedah sumbang 200 kg. ikan kembung - Utusan Malaysia

Perkasa Kuala Kedah sumbang 200 kg. ikan kembung

SEBAHAGIAN penduduk beratur untuk menerima sumbangan ikan kembung daripada Perkasa Parlimen Kuala Kedah di Taman Wira Mergong, Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:: Sebanyak 400 keluarga di Taman Wira Mergong di sini menerima sumbangan 200 kilogram (kg) ikan kembung segar yang disumbangkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Parlimen Kuala Kedah hari ini.

Ikan kembung segar itu mula diagihkan kepada penduduk yang mula beratur pada pukul 8.30 pagi dan bekalan habis dalam masa kira-kira 30 minit sahaja.

Pengerusi Perkasa Parlimen Kuala Kedah, Muhammad Asri Mustafa berkata, sumbangan tersebut adalah tanda prihatin pihaknya terhadap penduduk yang terjejas pendapatan berikutan penularan Covid-19

Menurutnya, setiap keluarga tersebut menerima sumbangan kira-kira satu kilogram ikan kembung.

“Ikan kembung tersebut dibeli oleh Perkasa Kuala Kedah hasil sumbangan orang ramai sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Perkasa Negeri Kedah, Ahmad Hussain.

Muhammad Asri memberitahu, pihaknya merancang menganjurkan program sumbangan ikan kembung di sekitar kawasan Kuala Kedah dari semasa ke semasa bagi membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya