Penutupan Angsana Mall disambung sehingga 20 Disember - Utusan Malaysia

Penutupan Angsana Mall disambung sehingga 20 Disember

ANGSANA Mall
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Penutupan pusat beli-belah Angsana Mall di sini disambung semula sehingga 20 Disember atas saranan Kementerian Kesihatan.

Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu.

Beliau berkata, notis penutupan sementara baharu itu dikeluarkan pihaknya semalam. 

“Arahan penutupan pusat beli belah itu seminggu lagi sehingga 20 Disember ini diputuskan Jabatan Kesihatan Negeri selepas menilai risiko penularan wabak dan situasi semasa.

“Hal ini kerana masih terdapat kes aktif Covid-19 di dalam kalangan pekerja premis berkenaan dan ada premis yang masih belum membuat saringan ujian saringan pekerja seperti yang diarahkan. 

“Pembukaan awal Angsana Mall Johor Bahru hanya boleh dipertimbangkan selepas semua pekerja menjalani saringan dan tiada pertambahan kes di kalangan pekerja yang boleh memungkinkan berlaku penularan semula,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, pusat pengurusan membeli-belah itu dalam kenyataan memaklumkan, meskipun mereka berhasrat untuk meneruskan operasi perniagaan bermula semalam, namun, langkah berjaga-jaga yang sewajarnya lebih penting diambil bagi menurunkan kes Covid-19 di sekitar kawasan tempatan.

Selain itu, pada masa yang sama demi mengutamakan keselamatan pekerja, pelawat serta komuniti. 

“Walaupun premis kami telah ditutup selama tujuh hari, kami optimis kerana langkah-langkah penyediaan pembukaan semula untuk menerima pengunjung seperti proses sanitasi telah dilakukan secara berkala. 

“Segala kesulitan amat dikesali dan ingatlah untuk sentiasa kekal sihat. Bersama-sama, kita mampu lakukannya,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, pusat membeli-belah itu diarah ditutup tujuh hari bermula 7 Disember lalu berikutan penularan wabak Covid-19 di premis berkenaan.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, arahan penutupan pusat beli-belah itu diputuskan Jabatan Kesihatan Negeri Johor selepas menilai risiko penularan wabak dan situasi semasa. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya