SINGAPURA: Seorang penumpang kapal persiaran Royal Caribbean disahkan positif Covid-19 ketika ‘pelayaran tanpa lokasi’, menyebabkan kapal itu terpaksa bertapah balik ke pelabuhan dekat sini.
Channel News Asia melaporkan, penumpang berusia 83 tahun itu dibawa ke pusat perubatan di dalam kapal berkenaan dengan gejala cirit-birit.
Dia kemudiannya menjalani ‘polymerase chain reaction’ (PCR) sebagai sebahagian daripada protokol kesihatan.
Sebelum menaiki kapal pada Isnin lalu, semua penumpang telah menjalani ujian PCR untuk Covid-19.
Penumpang itu segera diasingkan setelah ujian positif dan kenalan rapat awalnya dikenal pasti dan diasingkan.
Anggota kru yang mempunyai hubungan rapat dengan penumpang juga dikenal pasti, diasingkan dan kemudian diuji negatif Covid-19. – UTUSAN ONLINE