Penubuhan kerajaan ambil kira kepentingan rakyat - UMNO Perak - Utusan Malaysia

Penubuhan kerajaan ambil kira kepentingan rakyat – UMNO Perak

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: UMNO Perak mengambil ketetapan penubuhan kerajaan negeri yang baharu perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ketetapan itu diambil dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini semalam yang turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, penubuhan kerajaan baharu perlu mengambil kira keadaan rakyat dan negara yang sedang berdepan pandemik Covid-19.

“Mesyuarat semalam bagi membincangkan perkembangan senario politik negeri Perak.

“Mesyuarat mengambil ketetapan apa jua keputusan parti berhubung penubuhan kerajaan negeri perlu mengambil kira kepentingan rakyat termasuk situasi negara yang sedang berdepan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Saarani, mesyuarat juga menzahirkan penghargaaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas khidmat sebagai Menteri Besar bersama-sama Exco kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Perak terbubar selepas Ahmad Faizal meletak jawatan menteri besar semalam selepas gagal meraih sokongan majoriti dalam undi percaya terhadap beliau dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Setakat ini tiada gabungan parti di Perak yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN