Peniaga mengeluh buah tak laku - Utusan Malaysia

Peniaga mengeluh buah tak laku

MOHD Asri Abdul Ghani menunjukkan lambakan buah betik yang rosak akibat tidak laku dijual di RTC Kelantan, Tunjung, Kota Bharu hari ini.-UTUSAN/ROHANA MOHD NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peniaga buah-buahan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan, Tunjung di sini mengeluh apabila buah-buahan tempatan tidak laku sehingga rosak ketika kerajaan menguatkuasakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejak tempoh PKPB sehingga sekarang jurujual mendakwa mereka menanggung kerugian sehinggga 70 peratus daripada buah-buahan yang diborong mereka.

Peniaga buah, Mohd.Asri Abdul Ghani, 43, berkata, sejak PKPB dimulakan pada 21 November, perniagaannya merosot kerana kehilangan lebih separuh pelanggan.

“Seminggu lalu, pembekal dari Perak menghantar pisang, betik dan limau bernilai RM30,000 untuk dijual di RTC. Hari ini (semalam), saya belum memperolehi modal balik, malah menanggung kerugian.

“Sudah banyak buah-buahan yang dipamer kena buang kerana rosak manakala yang masih elok, saya sedekahkan kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kata Mohd. Asri, jika daulu dia mampu meraih RM2,000 hingga RM3,000 sehari sekarang hasil jualan borong tidak sampai RM200 sehari.

Seorang lagi peniaga, Saudi Zakaria, 54, berkata, dia menghabiskan masa dengan tidur dan termenung memikirkan buah limau jualannya yang tiada pembeli. .

“Sekarang saya hendak dapat RM200 sehari hasil jualan borong sangat susah. Banyak buah limau rosak dan setakat ini sudah lima bakul terpaksa dibuang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Wan Nora Wan Ahmad berkata, RTC mencatatkan jualan sebanyak RM231.87 juta dengan bilangan pengunjung 1.07 juta orang bagi lapan bulan pertama tahun ini

“Bagi tempoh 9 hingga 29 November lalu, jumlah jualan direkodkan sebanyak RM17 juta dengan jumlah pengunjung 80,215 orang. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya