Peniaga di Putrajaya digalak daftar e-tunai - Utusan Malaysia

Peniaga di Putrajaya digalak daftar e-tunai

PARA peniaga di Putrajaya digalakkan daftar e-tunai sebagai kaedah terbaharu dalam operasi urus niaga mereka. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dalam usaha ke arah transaksi niaga tanpa tunai, Perbadanan Putrajaya (PPj) menganjurkan Program Pendigitalan Sektor Peruncitan untuk para peniaga kecil di Putrajaya.

Menurut hantaran agensi tersebut menerusi akaun sosial rasminya, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Langkah itu dilakukan bagi menggalakkan ribuan peniaga mikro di wilayah berkenaan untuk daftar e-tunai sebagai kaedah terbaharu dalam operasi urus niaga harian di premis mereka.  

Booth (reruai) promosi juga dibuka di Medan Selera Presint 9 dan Pusat Kejiranan Presint 11. Merit akan diberi kepada peniaga yang mendaftar pada minggu ini,” jelas hantaran PPj itu.

Para peniaga jelas agensi itu, boleh menghubungi terus pihak Gabungan Peniaga Putrajaya atau lima penyedia platform e-tunai tempatan yang turut terlibat dalam program khas tersebut.

PPj memaklumkan bahawa kaedah pembayaran secara e-tunai mempunyai banyak kelebihan antaranya pengurusan kewangan lebih cekap dan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

“Kos pendaftaran kemudahan itu buat masa ini adalah percuma malah mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja untuk memproses dokumen oleh penyedia perkhidmatan,” katanya lagi.

Tempoh bayaran penyelesaian masuk ke akaun bank milik peniaga itu juga dibuat segera atau sehingga tiga hari bekerja yang bergantung kepada pihak pengurusan bank yang terlibat.

Penyedia perkhidmatan e-tunai turut menawarkan bantuan promosi selain ada kemudahan pembiayaan mikro yang membolehkan peniaga mengembangkan bisnes lebih berdaya saing

Dianggarkan ketika ini terdapat hampir 10,000 peniaga kecil di seluruh Putrajaya, sebahagian besarnya ialah penjaja jalanan dalam kalangan bumiputera termasuk ada dari negeri berjiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya