Peniaga dalam talian maut kereta bertembung treler - Utusan Malaysia

Peniaga dalam talian maut kereta bertembung treler

KEADAAN Perodua Alza yang dinaiki Mohd. Aisamudin Ibrahim dan abangnya selepas bertembung dengan treler di Kilometer 67, Jalan Jerangau-Jabor, Dungun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang peniaga dalam talian maut manakala abangnya cedera selepas Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan treler di Kilometer 67, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bukit Besi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa Mohd. Aisamudin Ibrahim, 33, dari Kampung Bawah Atas Tol di Kuala Terengganu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala abangnya, Mohd. Sukri yang berusia 45 tahun mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta yang dipandu abang mangsa memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler membawa muatan barangan industri dari Johor ke Kuala Terengganu.

Mayat Mohd. Aisamudin dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat manakala abangnya menerima rawatan di hospital sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya