IPOH: Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad tiba di Istana Kinta pada pukul 11.40 pagi bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Kenderaan jenis Honda CRV membawa Saarani memasuki pekarangan istana selepas dua buah kenderaan membawa tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak beredar pada pukul 11.35 pagi.
Terdahulu, pertemuan hampir sejam itu melibatkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Asmuni Awi. – UTUSAN ONLINE