Pengawasan sempadan lebih berkesan dengan dron - ATM

Pengawasan sempadan lebih berkesan dengan dron – ATM

AFFENDI Buang (tiga dari kiri) meninjau kawalan operasi di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjangkakan operasi pemantauan dan kawalan di sempadan negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan aset dron secara lebih meluas.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, selain dapat digerakkan dengan pantas pada bila-bila masa dan dapat memantau kawasan yang lebih luas, aset tersebut juga dilihat sangat penting dalam mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan sempadan.

Menurutnya, pada masa ini, ATM telah menggunakan aset tersebut untuk kawalan sempadan negara, namun bilangannya perlu ditambah supaya semua agensi keselamatan terlibat dapat menggunakannya.

“Kalau kita nak buat pengawasan, kawasan sempadan kita ini bukan rata, tetapi dipenuhi hutan dan berbukit-bukau, kalau kita nak deploy (gerakkan) anggota kita di semua kawasan di daratan ia akan mengambil masa dan ada kawasan yang kita tidak boleh sampai.

“Tapi dengan dron, kita boleh melihat kawasan pada waktu siang dan malam, lebih penting ia senyap,” katanya.

Affendi berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke kawasan Op Pagar 2 yang dikawal ATM dan meninjau kawasan operasi di bawah seliaan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bukit Kayu Hitam sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penggunaan dron juga dapat mengurangkan kos operasi kawalan di sempadan terutama membabitkan atur gerak aset udara seperti pesawat yang memerlukan kos yang tinggi.

Ditanya, sama ada pihaknya telah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mendapatkan aset tersebut, Affendi berkata, ia telah dikemukan perkara itu sewaktu Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) diwujudkan.

“Kita faham ia memerlukan peruntukkan, jadi kita akan sentiasa memohon supaya aset tersebut dapat disediakan secara berperingkat dari masa ke semasa,” katanya.

Selain itu, Affendi memberitahu, nilai rampasan di sempadan negara melibatkan bahagian utara negara oleh pasukan keselamatan bagi tempoh pelaksanaan Op Benteng sejak Mei lalu ialah kira-kira RM58 juta melibatkan pelbagai jenis barangan yang cuba diseludup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya