Pengarah urusan dituduh guna dokumen palsu dapat tender projek kerajaan - Utusan Malaysia

Pengarah urusan dituduh guna dokumen palsu dapat tender projek kerajaan

NAIM Arshad mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menggunakan penyata bank palsu bagi mendapatkan tender projek kerajaan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengarah urusan sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen bank palsu untuk mendapatkan tender satu projek kerajaan, dua tahun lepas.

Naim Arshad, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Naim didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 23 Julai 2018 di Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dekat sini menggunakan dokumen palsu berkenaan iaitu  penyata bank CIMB milik syarikatnya, Paradigm Energy Sdn. Bhd. (PESB) bagi Mac hingga Mei 2018.

Dokumen tersebut digunakan dalam permohonan PESB bagi tender Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) Kementerian Kesihatan Malaysia di Kedah.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap Naim yang diwakili peguam Md. Yunos Shariff.

Kes akan disebut semula pada 2 Februari tahun depan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya