Pengarah agensi penguat kuasa ditahan SPRM kes skandal rasuah - Utusan Malaysia

Pengarah agensi penguat kuasa ditahan SPRM kes skandal rasuah

PENGARAH agensi penguat kuasa direman SPRM bagi membantu siasatan kes skandal rasuah, di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua individu termasuk seorang pengarah agensi penguat kuasa direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa Minyak Gred Berat di perairan Malaysia.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berumur di antara 50 dan 60 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini antara pukul 9 hingga 12 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pengarah agensi kerajaan tersebut disyaki menerima suapan secara bulanan antara tahun lalu hingga tahun ini daripada pengurus syarikat perkapalan sebagai balasan tidak menjalankan pemeriksaan ke atas kapal yang menjalankan aktiviti pengisian minyak di perairan negara ini. 

Terdahulu, pengarah agensi penguat kuasa tersebut direman selama empat hari manakala pengarah syarikat itu direman lima hari bagi membantu siasatan kes yang sama.

Perintah reman sehingga 18 dan 19 Disember depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya di sini.

Sementara itu, dalam kes berkaitan, seorang timbalan ketua pengarah sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk yang direman pada Jumaat lalu, disambung reman selama tiga hari lagi sehingga 18 Disember ini.

Pada masa sama, empat daripada suspek termasuk Setiausaha Bahagian dan pengarah syarikat bergelar Datuk Seri yang turut direman pada tarikh sama dilepaskan dengan wang jaminan antara RM9,000 hingga RM15,000. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya