Penganggur maut motosikal bertembung lori - Utusan Malaysia

Penganggur maut motosikal bertembung lori

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang penganggur maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan lori di Jalan Sungai Karangan-Merbau Pulas di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa, Mohd. Zaid Abu Seman, 29, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala Kulim manakala lori dari arah bertentangan.

Katanya, hasil siasatan awal percaya motosikal jenis Yamaha 135 LC 135 ditunggang mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh menyebabkan dia terjatuh lalu menggelongsor ke laluan bertentangan.

“Mangsa bersama motosikalnya kemudian bertembung dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun. Akibat daripada pertembungan itu, mangsa terperosok di bawah lori sementara motosikal tersebut terseret ke bahu jalan,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya dan dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya